Friday, December 18, 2009

Hijrahkan Aku . . .



Duhai hati
Aku berbisik
Keluhan jiwa
Bingkisan rasa

Puas sudah dilambung gelora
Puas sudah ditiup badai semalam
Puas sudah dihanyut arus duniawi
Puas sudah jiwa derita

Jiwa mahu cinta Esa
Kerana janjiNya pasti
Membawa bahagia
Tiada derita

Kifarah diterima
Maghfirah dipohon
KepadaMu Allah

KepadaMu Allah
Seikhlas hijrah kekasihMu
Ikhlaskan amalanku padaMu
Seteguh iman al-Ansar
Teguhkan jua imanku
Setabah hati Muhajirin
Tabahkanlah jua aku
mendepani liku duniaMu

Perkenankan permohonan daku
Hijrahkan Aku . . .

1 comment:

  1. salam~

    rindu ngan suasana kedak tok.jalan2 pey tengah2 malam ke area pintu tok best. ^.^

    ReplyDelete