Friday, December 18, 2009

Hijrahkan Aku . . .



Duhai hati
Aku berbisik
Keluhan jiwa
Bingkisan rasa

Puas sudah dilambung gelora
Puas sudah ditiup badai semalam
Puas sudah dihanyut arus duniawi
Puas sudah jiwa derita

Jiwa mahu cinta Esa
Kerana janjiNya pasti
Membawa bahagia
Tiada derita

Kifarah diterima
Maghfirah dipohon
KepadaMu Allah

KepadaMu Allah
Seikhlas hijrah kekasihMu
Ikhlaskan amalanku padaMu
Seteguh iman al-Ansar
Teguhkan jua imanku
Setabah hati Muhajirin
Tabahkanlah jua aku
mendepani liku duniaMu

Perkenankan permohonan daku
Hijrahkan Aku . . .

Monday, December 14, 2009

Kalimah . . .




Rindu
Zikirlah
Cinta
Setialah
Kasih
Taatlah
Marah
Sabarlah
Lemah
Gagahkan
Perlu
Mohonlah
Cinta
Satu
Tuhan
Allah
Berserah
PAdaNya
Janji
Pasti
Hidup
Bahagia
Dunia
Akhirat
Insyaallah . . . .  

^_^

Tinta Ajmal (14 Dis. 2009)

Friday, December 11, 2009

Mana Hujung Derita?



Jauh di sudut jiwa
Aku insan biasa
Bukan sempurna
Tanpa kuasa
Tanpa segala
Sakit bagiku biasa
Perit penambah rasa
Tiada ruang terbuka
Terhimpit jiwa tersiksa
Hidup penuh pancaroba
Dihias warna
mainan dunia
Wahai dunia
aku tersiksa
Masih tercari di mana noktahnya
Puas sudah jiwa derita
Tunjukkan aku wahai dunia
Di mana hujung derita . . .

Wednesday, December 9, 2009

Engkau Lihat Aku Tersenyum . . .


Engkau lihat aku tersenyum
Bersama kemesraan menguntum
Membawa bersama riang jiwamu

Engkau lihat aku tersenyum
Kuntum senyum
Menakung titis embun keakraban

Engkau lihat aku tersenyum
Engkau fikir aku terhibur
Dengan senda gurau nista dunia

Engkau lihat aku tersenyum
Tiada pernah aku bermurung
Namun dalam kuntum senyum
Tersembunyi hakikat hidup

Aku akan terus tersenyum
Kerana senyum itu adalah aku
Walau apa jua menduga
Senyuman itu adalah hidupku
Pandanganku persis lebarnya senyuman
Rezeki melimpah semurahnya senyuman
Kenangan itu manis persis senyuman
Cinta mendamaikan persis sebuah senyuman

Senyuman itu penawar luka dan duka
Senyuman mencari seribu cara
Lari dari kekalutan jiwa
Mencari langkah melerai derita
Senyuman itu pemudah cara
Senyuman itu penawar duka
Senyuman dalam duka
Mencari bahagia
Senyuman dalam bahagia
Bersyukur padaNya

Walau apa pun jua

Engkau tetap akan melihat
Aku terus tersenyum . . . . . .  
^_^

ajmal (10 Dis. 2009)

Sunday, December 6, 2009

Belum pun Sempat . . .




Terima kasih ya Rabbi
Kau ada dalam setiap gerak langkahku

Belum pun sempat hujan kehampaan melanda
Payung kasihMu menahan titis itu dari membasahi hati nurani

Belum pun sempat gersang kemarau cinta melanda
Segar cintaMu membugar kembali ketandusan hati

Belum pun sempat ombak cinta dunia menghanyutkanku
Perahu kifarahMu menyentap lamunanku

Belum pun sempat angin keresahan menggoncang kalbu
Syair zikir padaMu menenangkan keresahan yang membadai

Tiada langkah tanpa diriMu
Dalam alpaku
Dalam sedarku
Tiada kau tiada
sentiasa kau ada
bila masa dan ketika pun
Kau tetap di situ jua
Memimpin langkah tertatihku . . . .

ajmal (07 Disember 2009)

Saturday, December 5, 2009

7 Petanda Bicara Cinta . . .


          Fitrah insani mendambakan cinta dari insan yang disayangi . . . namun, dalam menghadapi pancaroba kehidupan, kata kadang kala mengguris . . . tingkah salah di pandangan . . . diri kadang terkhilaf dan teralpa . . . membawa derita cinta yang tak berpenghujung . . . sering kali insan tertanya,

 "mengapa cinta sejati tidak singgah padaku . . . ? "

Setiap insan pasti menginginkan cinta sempurna seindah hikayat cinta Yusuf dan Zulaikha dan gahnya kasih Khadijah dan Muhammad s.a.w . . .

Jika hati berbisik,

"aku telah melakukan segalanya . . . mengapa aku tidak menggapai cinta sejati itu . . . ? "

Sedarilah, itulah petanda . . . petanda cinta berbicara denganmu . . . petanda berbeza pada situasinya . . . hanya diri sendiri dapat mencari hakikat kebenarannya . . .

7 Petanda Bicara Cinta

1) Dia bukan milikmu . . .

2) Kau bukan untuknya . . .

3) Engkau belum bersedia untuk menggalas CINTA itu . . .
    cinta itu tidak semudah ejaannya, C.I.N.T.A . . .
    kerana pada cinta ada tanggungjawab dan pengorbanan . . .

4) Engkau tidak membina BAHAGIA itu walau 'bahan asas' nya dari jenis yang TERPILIH. . .
     Dalam kata lain, engkau tidak mencari dan membina bahagia walau cinta sejati itu
      sebenarnya di depan matamu sahaja . . .

5)  Engkau tidak sabar dilanda ujian . . .
     baru sedikit teruji, engkau sudah berkata

     "ah..ini bukan cinta sejatiku . . . !  "

      Sedangkan pujangga turut berkata, lautan mana yang tidak bergelombang, bumi yang
      mana tidak ditimpa hujan . . .
      apatah lagi membina cinta . . .

6) Engkau terlupa janji tuhan . . . Engkau belum menyempurnakan dirimu . . .
     Ingatkah janji Tuhan . . . ?
    LELAKI yang baik untuk PEREMPUAN yang baik dan
    PEREMPUAN yang baik untuk LELAKI yang baik. . .
   
7) Engkau lupa ada cinta yang lebih agung . . .
     Cinta TUHANMU yang menciptakan CINTA itu untukmu...

Sedarilah..tiada cinta hakiki dan abadi selain cinta Ilahi . . .
Mencari cinta insani yang sejati? Cintailah Ilahi . . .
Kerana cintaNya membawamu pada cinta sejati . . .
Bagaimana?
Jika kau mencintai Ilahi, kau akan bertemu insan yang juga mencintai Ilahi . . .
Insya'Allah . . .
bila cinta kerana Ilahi, ia akan kekal abadi . . .

Tarbiyyah jiwa, Muhasabah Diri . . .
Ingatan buat diriku yang lemah . . .
Jua buat sesiapa yang membaca . . .

Friday, December 4, 2009

Hidup Dengan Cinta Kasih . . .



Agung cinta kasih
Tanpa cinta jiwa derita
Tanpa kasih diri tersisih
Kerana hidup ini cinta kasih

Tiada cinta tiada bahagia
Pahit perih tiada kasih

Awal insani kasih Ilahi
Cinta insani rahmat Ilahi

Alam berbicara pada hati
Hanya cinta kasih penerus langkah kaki
Kasih Tuhan penunjuk jalan
Kasih insan sebagai teman

Tiada langkah yang terus sepi
Kerana hidup ini cinta kasih
Hidup dengan cinta kasih . . .

 Ajmal (05 Dis. 2009)

Saturday, August 8, 2009





Inilah Kampus UNIMAS..basically,semua design dari Jepun..Berbudaya dan bersifat sezaman..UNIMAS gemilang.. :)


Ini satu lagi trademark UNIMAS...jambatannya...design from Spain.. :)



Ini trademark UNIMAS...tangki airnya..ala2 tower KLIA..hehe..ada beberapa buah di dalam kampus..di lokasi berbeza..membekal air untuk kolej kediaman.. :)




Ini Tasik UNIMAS...tempat relax..tempat ambik angin..tempat sukan air..tempat budak2 ehem2..hehe.. (Dating ler.. :p)


Wondering...??Inilah K box UNIMAS..dalam pusat boling jugak..tempat melalak release tension.. :p

Kampus UNIMAS Yang Indah . . .



Ini pula pusat boling UNIMAS..di aras LG..bangunan hal ehwal pelajar..

Kampus UNIMAS Yang Indah . . .







Inilah perpustakaan UNIMAS..Centre of Academic and Information Services (CAIS) . . .

Tuesday, July 7, 2009

Minggu lepas orientasi.................
palak mok ready untuk pelajaran...hati dah jatuh cinta dgn unimas..skrg masa untuk belajar gk..bagi aku,tok la U yg paling hebat di Malaysia kot..(aku rasa la..)tasik besar,dapat pake sukan air..bangunan design jepun..ada jambatan,design spain..library mcm shopping complex..ada lane bowling..pool..golf course..hostel mcm apartmen..dah cukup syukur dah d ctok..kpd kawan2 di universiti lain yg xda semua ya boh jeles..hehe..xda la..gurau jak..yang penting,kta semua jd mahasiswa mahasiswi yang berkualiti..kuar jd professional berjaya..amin...next tyme aku post gambar2 kampus unimas yg indah tok.. :)

Friday, June 19, 2009

SEHARI LEPAS RESULT UPU KUAR

Bingung mengisi segala macam biasiswa..ptptn mok beli pin kat bsn gk..huhu..aku ke unimas,jd plu buka akun bank islam gik..huhu..hopefully dapat biasiswa la..amin...
Mun ada info ttg apa2 biasiswa,share2 la owh..k.. :)
Alhamdulillah..result UPu dah pun kuar..penantian lbh kurang dua bulan terjawab..ada yg gembira,ada yang sedih..ada yg tgamam..ada yg takut..ada yg bingung..dah cuti panjang,buka buku balit..huhuhu...tahniah kepada sesiapa yg dapat course hebat ya..yg kurang puas hati dgn result jgn kecewa..kejayaan ada dimana2..k..kena rajin jak..aku tek dapat BIOTEKNOLOGI SUMBER UNIMAS..fakulti sains & teknologi..syukur la..at least x dilelong wpun xpat choice2 yg atas2..
Untuk makluman,setakat yang aku tahu,tok senarai kawan2 kta pun course

aiz medic unimas
mazwan farmasi uitm
pqah eng. kimia bioproses utm
rajak mechanical eng. unimas
tam upsi
pyah uitm
mongong udm
pat kon upsi
lehah sains gunaan umk
thailis utem

anyway,selamat blajar kembali kpd kwn2.. :)
terima takdir dan redha..
ada hikmah.. :)

Sunday, March 22, 2009

Titik Permulaan....

23 Mac 2009..di Lab Sains Informatik....aku akhirnya memiliki blog....yuhuuuuu.....!!! ^_^